Pages

Monday, January 26, 2009

Kamu & BanTaL...


Memeluk Bantal
Individu yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Amat menggemari lukisan, muzik, dan sastera. Perasaannya lebih halus dan berjiwa romantik. Kadangkala berupaya membaca peristiwa yang bakal berlaku menerusi mimpi. Tidak setakat itu, individu ini juga sangat prihatin terhadap tata susila.

Menggunakan banyak bantal
Digambarkan sebagai seorang yang kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian, individu dalam kategori ini memerlukan pendamping dan jarang membuat keputusan sendiri.

Tidur dengan satu bantal
Tidak mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. seorang yang berdikari, membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukannya nafsu semata-mata.

Meletakkan bantal di bawah kaki
Memiliki sifat kurang baik. jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan individu ini cenderung bersifat egois. Dia juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita kerana tidak suka berusaha.

Tidur tanpa bantal
Individu yang suka tidur tanpa bantal dikatakan memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala akan membawa kepada sifat negatif iaitu ego.

Tuesday, January 20, 2009

TenTang JEAN


JENIS vs BENTUK TUBUH

Saiz punggung lebih besar
1. sesuai dengan jean berpotongan pinggang rendah dengan perincian kocek berbentuk vertical untuk mengalih perhatian daripada pandangan punggung.
2. jangan memilih jean yang mempunyai banyak perincian di belakang seperti gambar.

Tubuh lurus
pilih jean warna terang tanpa kocek di bahagian belakang. Kocek di bahagian hadapan akan membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi.

Kaki pendek
jean panjang dengan bahan dijahit silang. hindari perincian patchwork model capri atau stretched denim.

Pinggul lebar
Jean dengan bootleg cut untuk menyeimbangkan saiz tubuh, hindari high waisted jean yang menonjolkan perut dan pinggul.

Terlalu kurus
Potongan ringkas dan klasik. Hindari jean ketat yang menampakkan kaki yang kurus.

Tubuh bentuk pir
1. Jean berbentuk boot cut menyeimbangkan bentuk tubuh yang besar
2. Di bahagian belakang, berhati hati dengan motif ataupun kocek. Semakin besar ukuran pinggul, sebaliknya kocek pun berukuran besar.
3. Pastikan juga penampilan tetap polos dan tidak mempunyai banyak hiasan kerana akan menarik perhatian orang ke arah itu.

Tubuh bentuk epal
1. bagi yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini, kamu memerlukan rekaan jean yang lurus.
2. untuk menyembunyikan bahagian perut yang besar, gunakan tali pinggang yang bersaiz kecil.
3. untuk membuatkan kaki lebih panjang, pakai jean yang lurus dan biarkan panjangnya hingga menutup mata kaki.

Tubuh mugil
jean model lurus, stretched atau berpotongan pinggang rendah untuk memberikan kesan tubuh lebih panjang dan tinggi.

Thursday, January 15, 2009

Segalanya BiBir

Cara menyesuaikan riasan lipstik nude dengan jenis kulit.

Kulit gelap: warna pure pink memang sesuai untuk kulit jenis gelap. Jika inginkan kelainan, cubalah lipstik warna coklat mud atau beige yang lebih kepada warna mocca.
Kulit sawo matang: jika inginkan warna yang sedikit segar, pilih lipstik warna pink sedikit efek peach. warna mocca atau karamel juga boleh dijadikan sebagai warna alternatif untuk gaya riasan yang lebih moden.
Kulit putih: memandangkan warna nude amat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. pilihan pink pucat akan menambahkan lagi kesan semula jadi dan segar pada wajah.
Kulit kuning langsat: campuran warna oren muda kecoklatan akan membuatkan kulit kuning langsat tampak segar. warna alternatif yang boleh dicuba adalah terdiri dari pelbagai warna yang berasaskan coklat.
Bibir yang seksi dan cantik menampilkan kelainan pada wajah. jadikan untuk itu pelihara kelembapan bibir dengan sapuan pelembap bibir. sebaiknya pilih pelembap bibir yang mengandungi tabir suria ketika beraktiviti luar. manakala waktu malam pula, pilh pelembap yang teksturnya tebal atau mengandungi minyak. untuk sehari hari, pilih pelembap yang mempunyai kandungan semula jadi seperti vitamin E.

MeMiLiH LipsTik


Glossy
bibir nampak penuh dan basah! kerana lipstik jenis ini mengandungi banyak air dan minyak. Saat sapuan, gunakan berus agar lebih rata.
Matte
Lipstik jenis ini mengandungi kandungan minyak yang sedikit. bibir nampak lebih semula jadi tanpa pantulan sinar yang berlebihan. penggunaan yang terlalu kerap akan membuatkan bibir cepat kering. untuk itu, gandingkannya dengan lip gloss.

Lipbalm
produk jenis ini mempunyai kandungan yang baik untuk bibir. lapisan lip balm akan menjadikan bibir agar kekal ketika lembap dan mencegah bibir dari kekeringan. berbeza dari lip gloss, kebiasaannya produk ini mengandungi petroleum jelly,mentol,vitamin, dan tabir suria. sesuai untuk mengatasi bibir yang kering dan pecah-pecah

Lip liner
bentuknya seperti pensel, dan biasanya digunakan untuk melakar bentuk bibir. ia digunakan sebelum sapuan lipstik. sebaliknya warnanya disesuaikan dengan warna lipstik yang akan digunakan.

Lip gloss
produk ini memberikan kesan berkilau. biasanya lip gloss sering digandingkan dengan lipstik berwarna. ia sesuai dispau setiap hari. sekarang ini lebih banyak pilihan warna, termasuklah, glitter atau metalik.

Info Cantik_KASUT

1. Kasut tumit tinggi akan membuatkan penampilan semakin anggun. namun kadangkala ia akan mendatangkan kesakitan pada kaki. jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi dan sesuai dengan kamu.

2. bagi yang belum biasa memakai kasut tumit tinggi, ketika berdiri, letakkan tumpuan pada tumit agar kaki terbiasa dengan ketinggian kamu.

3. ketika melangkah, letakkan tumpuan pada hujung ibu jari, goyangkan tangan kamu agar keseimbangan tubuh terjaga.

4. melangkah perlahan dan jaga irama langkah kamu agar langkahmu nampak anggun.

5. ketika memakai kasut tumit tinggi, hindari melangkah di kawasan rumput, tanah atau di jalan yang tidak padat. untuk mengelakkan kaki kamu tersangkut dan terjatuh.

6. kasut tumit tinggi akan membuatkan penampilan nampak anggun pada kamu yang berkaki panjang. bagi yang tidak, pilihlah yang mana sesuai dengan kamu ya..


Info cantik_mata yang cantik


1. Tahukah kamu bahawa mekap mata boleh memberikan kesan dramatik pada penampilan. tak kisahlah jika kamu memilih mekap neutral atau tidak, yang penting ia boleh memberikan perubahan pada mata dan wajah.

2. pilih pembayang mata berwarna terang sebagai mekap dasar pada mata. sapukan warna terang mulai dari pangkal kelopak mata hingga ke bahagian hujung kalis mata.


3. gunakan warna paling gelap untuk membuat garis di sepanjang garis bulu mata.

4. pembayang mata bukan saja boleh menampakkan kamu bertambah cantik, malah boleh menyembunyikan kekurangan pada mata.

5. jika mata kamu bermata lebar atau besar, kamu boleh lindunginya dengan pembayang mata warna terang pada sudut dalam mata. kemudian sapukan warna gelap untuk bahagian sudut luar mata.

6. memiliki mata yang dalam. sapukan pembayang mata warna terang pada kelopak, kombinasikan dengan warna lain mengikut kegemaran.

7. sapukan dengan bedak debu dan pembayang mata warna mata agar mekap mata akan lebih cantik dan tahan lama.

8. jika kamu berkaca mata, pilih pembayang mata warna cerah agar mata kelihatan lebih hidup. namun jika kamu inginkan kesan yang neutral, warna seperti gangsa atau coklat adalah pilihan yang tepat.

9. pastikan kamu kerap membersihkan berus pembayang mata agar pembayang mata tahan lama.

10. hindari pembayang mata jenis shimmer atau berkilat, kerana jika kamu tersalah guna, ia kan membuatkan mata nampak sepet dan bengkak.

11. lekapkan mata dengan hirisan timun agar matasegar dan cantik.