Pages

Monday, January 26, 2009

Kamu & BanTaL...


Memeluk Bantal
Individu yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Amat menggemari lukisan, muzik, dan sastera. Perasaannya lebih halus dan berjiwa romantik. Kadangkala berupaya membaca peristiwa yang bakal berlaku menerusi mimpi. Tidak setakat itu, individu ini juga sangat prihatin terhadap tata susila.

Menggunakan banyak bantal
Digambarkan sebagai seorang yang kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian, individu dalam kategori ini memerlukan pendamping dan jarang membuat keputusan sendiri.

Tidur dengan satu bantal
Tidak mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. seorang yang berdikari, membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukannya nafsu semata-mata.

Meletakkan bantal di bawah kaki
Memiliki sifat kurang baik. jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan individu ini cenderung bersifat egois. Dia juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita kerana tidak suka berusaha.

Tidur tanpa bantal
Individu yang suka tidur tanpa bantal dikatakan memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala akan membawa kepada sifat negatif iaitu ego.

No comments: