Pages

Monday, February 23, 2009

colexi qu

Ni lah slh satu hobi qu. Aqu neh suke sgt bc novel n kumpul novel. Sekali beli aqu akn spent duit tuk beli 3 or 2 buah novel. Setakat neh novel yg aqu bc smua pasal love… biasa lah aqu neh pun kuat berangan, so berangan smbil bc novel ape salah nyer kan. Aggap lah watak lam novel tuh aqu.hehehe.. setakat neh aqu beli novel dr alaf 21 n prima. Novel2 diorg neh best, lg 1 citenyer fresh. Hari tuh aqu baru jer bc nvel dr buku prima, tjuknyer Andai Itu takdirnya, penulisnya Siti Rosmizah. nvel tuh mmg best, smpaikan aqu blh menangis, sblum neh aqu xlah smpai tsentuh mcm tuh tp citer lam nvel neh mmg menyentuh hati qu. Huhuh. Jln citernya mmg sedih, tp yg pnting ksh cintanya mmg romantik walaupn byk halangan yg menimpa. Aqu kagum nge watak heroin yg cukup2 baik, betapa mulia nya hatinya. Sape2 yang mnat bc nvel n blum bc novel andai itu tkdirnya, aqu syorkan korang try lah bc, pasti korang semua berpuas hati n aqu ykin korang xkan myesal beli nvel tsebut. Sekali bc pasti nk lgi coz langsung xboring. Lepas neh aqu ingin layan nvel tuh smula…hehehe. tp ape2 pun novel kesayangan qu ialah Lagenda budak setan dr Ahadiat akasyah, walupun tjuk die cmtuh, tp ni citer cinta taw..hehehe.

Sunday, February 22, 2009

mkn n mkn lgi...

Pukul 11 mlm td,ayh aqu ajk aqu n cik kuar mkn... mata neh dh ngntuk tp der lak org tuh yg lapar..hehehe..ak siap2 n pastuh gi lah cari kedai2 mkn yg best2..last2 jupe jgk restoran seri iman. tp amik ms 20 minit jgk nek kete. ayah n cik aqu order mee goreng basah, aqu lak cam biasa lah,my favorite..bee hoon sup nge carrot susu.huhuhu... sup nyer mmg sdap,yg pnting pedasss....ayah lak smpat lgi order burung puyuh goreng. aqu pun pe lagi,amik peluang lah mkn jgk, kitaorg ratah jer tnpa mkn nsi pun..sedapp..cik aqu lak mkn mee xhbis,so aqu pun tlg abiskan lah,hihihi.mee nyer mmg btol2 basah,kuah nyer best...lpas mkn aqu pun blik laa... smpai umh yg len smua dh msok blik,tggal aqu jer yg duk lyn tv.hehe...mklumlah nk tido pun,perut msih kyg lgi..huhuhu. lyn punyer lyn, kul 2 baru aqu msok blik. esok kna bgun awl lak, nk gi tgk mmber aqu msok wad. so, pe pun...good nitezz lah...wsalam....

Sunday, February 15, 2009

smata2 nk try chicken grill

semalam aqu nge member umah (sarah,gda n aida) kuar mkn kt uptown.lam kul 12 mlm,lpas tgk citer tv3 rahsia gambar. aqu n sarah nk try mkn chicken grill coz diorg 2 org neh kate sdp. aqu nek motor nge aida n si sarah nge gda. merempit lah mlm tuh..hahaha..1st time kuar mlm2 buta camtuh.taw kt family mati aqu..hihihi. hah,balik pda citer asalnye,smpai kt uptown,uh...rmai tol org nyer.byk tol kdai mkn.kitaorg start lah order chicken grill n limau ais. 1st time rasa,ermmm...mmg sdp sgt2 nge sos nyer..tp xhbis pun coz cpt tol kyg nyer..hehehe..si member aqu gda juz order fries jer.pas mkn kitaorg pn nk blik kj.tp last2 gda neh,xjupe cri jln blik ke kj,pelik jgk kan,padahal die neh mmg expert lah tmpt2 kt cni.pas isi myk,kitaorg jln lgi,last2 jupe jgk jln blik,blh sesat jd nyer.lucu jgk rsa nyer.sblum blik umh,kitorg gi kt tmn megah mas coz nk tgk tmpt der patung2 disney.smpai ctu,xleh msok lak coz dh lwt,tmpt tuh dh ttup.xdpt lh nk bgmbr nge patung2 tuh.aqu smpat tgk kt luar jer,tmpt tuh mmg cntik,lbih2 lgi mlm nge lmpu2 kt pokok nyer,klu msok dlm mb cam kt disney land kot..hahahaha.round punyer round,kitorg blik n smpai kt kelana puteri kul 2 pgi..lpas bsuh muka n kaki,trus msok blik n tido..zzzzzz.

Sunday, February 8, 2009

Rahsia mata wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....
  • SAIZ MATA KECIL Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
  • SAIZ MATA SEDERHANA Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
  • SAIZ MATA LEBAR Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
  • MATA SELALU BERKEDIP Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
  • MATA JARANG BERKEDIP Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
  • MATA CENGKUNG Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
  • MATA REDUP Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hatitidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
  • MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu

Rahsia hadiah


Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG - Tanda mesra

RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI - Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT - semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN - mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN - tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HANDPHONE - tandanya kamu tidak boleh jauh darinya

MASUK MEMINANG - tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Wednesday, February 4, 2009

Rahsia tulisan

Tekanan
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
“Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif”

Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
“Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit”

Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
“Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
“Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) “

Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Pada huruf J, G, Y, Z
Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

“ Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup ”

Sunday, February 1, 2009

Kenali gaya tidurmu…

tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan dibelakang kepala.
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidupmu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin. Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin sikap kamu yang memilih.

selubung seluruh badan dengan selimut
kamu sering berpenampilan macho di khalayak ramai. Namun hakikatnya jauh di dalam dirimu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendam dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah kamu sering meracau semasa tidur

tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang
sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan diri dan sukar untuk berubah. Kamu juga gemar bersendirian. Walau bagaimanapun sikap toleransi dalam dirimu memang patut dipuji.

tidur meringkuk.
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui dirimu. Kamu sering tergak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

tidur mengiring dan meringkuk
pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan pesonalitimu. Individu yang berada di sekelilingmu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakitimu kerana kamu mudah meletup tanpa kawalan.

tidur mengiring dengan salah satu kaki di bengkokkan
kamu adalah individu yang cerewet, selalu mengkririk dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk dirimu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara untuk yang kecil atau kurnag penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu belajar untuk lebih bertenang.

tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala.
Berbeza dari individu yang tidur mengiring dan meringkuk, kamu adalah individu yang berani, bersopan snatun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kmau perlu membina keyakinan diri agar kebih utuh. Sentiasalah belajar menerima kesilapan serta kekurangan yang ada daam diri. Jika perkara ini dipraktikkan, kegembiraan pasti menjadi milikmu buat selamanya.

tidur meringkuk disatu arah
kamu amat yakin pada diri sendiri. Kamu berjaya dalam setiap apa yang kamu lakukan. Bukan itu saja, kamu juga akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan apa yang diimpikan. Individu yang tidur mengiring ke arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa.
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identity dirimu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, kamu seorang pemboros tp beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya.sikap suka menyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam dirimu.

tidur meniarap
jika kamu tidur meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran sempit.fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impianmu. Kamu juga merupakan individu yang lalai dan tidak teratur. Kini, sudah tiba masanya untuk berubah dan mulakan dengan gaya tidurmu terlebih dulu.