Pages

Friday, September 24, 2010

Ayam Masak Sos Tiram

Resepi paling senang nak masak... kalau malas2, aqu suke masak neh jer... jom try....

Bahan-bahan:

5 ketul ayam (potong kecil2 atau ikut citarasa sendiri)
2 sudu besar sos tiram
sedikit gula
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
halia
2 biji ubi kentang
cili padi/lada hitam
2 gelas air
secubit garam

Cara penyediaan:

Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih dan halia yang telah di hiris.
Selepas naik bau, masukkan air dan ubi kentang yang telah di dadu.
Biar seketika, masukkan pula sos tiram, sedikit gula, garam dan ayam yang telah di potong, seterusnya masukkan cili padi/lada hitam untuk sesiapa yang suka pedas.
Biarkan ayam masak, ubi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia di hidangkan


p/s: anda juge boleh gantikan ubi dengan sayur yang sesuai atau cendawan. Selain tuh, boleh tambahkan bunga lawang, cengkih dan kayu manis semasa menumis.

No comments: