Glossy
bibir nampak penuh dan basah! kerana lipstik jenis ini mengandungi banyak air dan minyak. Saat sapuan, gunakan berus agar lebih rata.
Matte
Lipstik jenis ini mengandungi kandungan minyak yang sedikit. bibir nampak lebih semula jadi tanpa pantulan sinar yang berlebihan. penggunaan yang terlalu kerap akan membuatkan bibir cepat kering. untuk itu, gandingkannya dengan lip gloss.
Lipbalm
produk jenis ini mempunyai kandungan yang baik untuk bibir. lapisan lip balm akan menjadikan bibir agar kekal ketika lembap dan mencegah bibir dari kekeringan. berbeza dari lip gloss, kebiasaannya produk ini mengandungi petroleum jelly,mentol,vitamin, dan tabir suria. sesuai untuk mengatasi bibir yang kering dan pecah-pecah
Lip liner
bentuknya seperti pensel, dan biasanya digunakan untuk melakar bentuk bibir. ia digunakan sebelum sapuan lipstik. sebaliknya warnanya disesuaikan dengan warna lipstik yang akan digunakan.
Lip gloss
produk ini memberikan kesan berkilau. biasanya lip gloss sering digandingkan dengan lipstik berwarna. ia sesuai dispau setiap hari. sekarang ini lebih banyak pilihan warna, termasuklah, glitter atau metalik.

No comments:
Post a Comment