Kulit gelap: warna pure pink memang sesuai untuk kulit jenis gelap. Jika inginkan kelainan, cubalah lipstik warna coklat mud atau beige yang lebih kepada warna mocca.
Kulit sawo matang: jika inginkan warna yang sedikit segar, pilih lipstik warna pink sedikit efek peach. warna mocca atau karamel juga boleh dijadikan sebagai warna alternatif untuk gaya riasan yang lebih moden.
Kulit putih: memandangkan warna nude amat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. pilihan pink pucat akan menambahkan lagi kesan semula jadi dan segar pada wajah.
Kulit kuning langsat: campuran warna oren muda kecoklatan akan membuatkan kulit kuning langsat tampak segar. warna alternatif yang boleh dicuba adalah terdiri dari pelbagai warna yang berasaskan coklat.
Bibir yang seksi dan cantik menampilkan kelainan pada wajah. jadikan untuk itu pelihara kelembapan bibir dengan sapuan pelembap bibir. sebaiknya pilih pelembap bibir yang mengandungi tabir suria ketika beraktiviti luar. manakala waktu malam pula, pilh pelembap yang teksturnya tebal atau mengandungi minyak. untuk sehari hari, pilih pelembap yang mempunyai kandungan semula jadi seperti vitamin E.
No comments:
Post a Comment